Kahoot (Simpulan Bahasa)

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan kuiz Kahoot berkaitan simpulan bahasa sekolah rendah menggunakan aplikasi Kahoot. Kuiz ini telah dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh seramai 10 orang peserta berusia dalam lingkungan 7 sehingga 12 tahun.

Tujuan kuiz Kahoot ini diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan kepada peserta tentang simpulan bahasa yang digunakan untuk menyatakan sesuatu benda yang berlaku dalam kehidupan seharian. Antara perkataan yang peserta pelajari semalam seperti pekak badak, kacang hantu, kaki ayam, telinga kuali, air muka dan sebagainya.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kuiz ini ialah peserta dapat mengaplikasi ilmu simpulan bahasa ini di sekolah terutama dalam subjek Bahasa Melayu sekiranya mereka diminta untuk mengarang cerita pendek. Peserta juga menjadi pelajar yang celik IT kerana tahu menggunakan teknologi e-learning untuk tujuan bermain sambil belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali